Sunday 17 April 2016

Kesan pemakaian ketat terhadap ibu mengandung.

Salam semua.

Tahukah anda, berpakaian ketat ketika mengandung adalah tidak baik untuk kesihatan? Mengapa?

PEDIH ULU HATI

Pedih ulu hati merupakan perkara biasa yang dirasai ketika mengandung. Memang mewujudkan rasa tidak selesa pada ibu mengandung. Perkara ini berlaku disebabkan proses pencernaan menjadi lambat disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron dalam badan ketika mengandung. Apabila proses pencernaan lambat berlaku, ini bermakna makanan disimpan lebih lama didalam perut dan meningkatkan risiko untuk mengalir keluar.

Bahagian abdomen menjadi 'penuh, sesak & sendat' akibat pembesaran uterus dan memberi tekanan kepada bahagian tersebut. ini meningkatkan risiko untuk menyebabkan makanan tertolak ke bahagian dada. Pakaian ketat terutama bahagian pinggang boleh mempengaruhi dan menambahkan lagi risiko pedih ulu hati atau dikenali sebagai pembalikan asid reflux. 

Justeru, pemilihan pakaian yang tidak memberi tekanan terutama dibahagian pinggang adalah penting. Wanita mengandung boleh memilih pakaian dari jenis dress khas untuk ibu mengandung atau jubah potongan jenis A serta tidak mempunyai dart. Sekiranya wanita tersebut ingin memakai seluar ataupun skirt, pilihlah dari jenis yang direka khas untuk wanita mengandung.

Kebiasaanya skirt ataupun seluar untuk wanita hamil ini, mempunyai "kantung" dan pinggang boleh larat.

JANGKITAN KULAT

The American Pregnancy Association berpendapat, salah satu kesan daripada pemakaian pakaian ketat ketika hamil adalah jangkitan kulat terutama pada bahagian vagina. Di tambah pula dengan material fabrik yang tidak sesuai menyebabkan kulit sukar 'bernafas'. Keadaan wanita mengandung yang kebiasaannya mengalami peningkatan pengeluaran cairan vagina akan menambahkan lagi peluang untuk pembiakan kulat di bahagian tersebut dan menyebabkan jangkitan.

Untuk tujuan ini, wanita mengandung disarankan untuk mengenakan pakaian dari jenis dress ataupun Jubah. Amat digalakkan untuk memadan blouse atau top dengan skirt kerana skirt memberi lebih 'kebebasan' dan mampu memberikan lebih pengaliran udara berbanding seluar.

ALIRAN DARAH TERGANGGU

Sebenarnya, pakaian ketat boleh menganggu pengaliran darah tanpa mengira jantina dan umur. Walau bagaimanapun, keadaan ini memberikan kesan lebih teruk kepada wanita mengandung. Saluran darah wanita mengandung akan mengembang sebagai persediaan untuk meningkatkan isipadu darah bagi kegunaan plasenta dan bayi.

Sebelum isipadu darah naik memenuhi saluran darah ini, wanita mengandung akan mengalami hypotension atau tekanan darah rendah. Pakaian yang ketat akan menganggu aliran darah dan menyebabkan rasa kebas dan sakit yang menyucuk.

Ini adalah antara kesan pemakaian pakaian ketat terhadap wanita mengandung. Justeru itu, Rak Bonda Collection bersedia membantu wanita-wanita mengandung terutamanya muslimah untuk mengatasi masalah ini.



No comments:

Post a Comment