Monday 11 April 2016

Bukaan Menyusu : SelakJe!

Apa yang korang semua fikirkan bila ternampak jubah yang di'claim' as NURSING FRIENDLY?

Apa beza 
JUBAH NURSING FRIENDLY 
vs 
JUBAH NURSING?

Meh sini Kak Teeha nak explain kenapa Kak Teeha taknak claim koleksi Rak Bonda sebagai nursing friendly.

Pertama sekali, koleksi Rak Bonda memang untuk bonda-bonda menyusu! bukan setakat nak friendly friendly or mesra mesra je.. SEMEMANGNYA DIREKA KHAS UNTUK IBU MENYUSU. Haa.. faham ke faham ni?

Baju yang di claim as nursing friendly ni selalunya adalah jenis yang ada zip ataupun berbutang dibahagian dada & hadapan baju. Jadi memang sesuailah dengan terma nursing friendly atau mesra penyusuan. 

Namun, melalui pengalaman Kak Teeha dan kawan kawan Kak Teeha, bila masa baby nak menyusu ni, memang kelam kabut juga.. lebih2 lagi bila berada kat shopping mall. Baby dah menangis, orang semua dah pandang2, kita pulak rasa nervous sebab orang pandang & anak tengah melalak.. huhuhu.. terkial2 jugaklah nak bukak zip sambil nak tutup dengan tudung, nak pegang baby lagi. kalau nasib tak baik, zip tak lancar. tersangkut takleh nak bukak habis.. huhuhu.. Haru!

Pernah jugak lepas habis menyusu, tengok2, berbekas merah pipi anak berbentuk zip -___-". Kesian baby.
 Yang butang pulak, memang toksah cakaplah, terkial2 jugak nak tanggalkan satu satu..

Jadi, melalui pengalaman inilah, Kak Teeha menyediakan KOLEKSI NURSING. Dedikasi khas untuk bonda-bonda yang menyusukan anak. Koleksi dari Rak Bonda ni jenis bukaan menyusunya memang mudah. Macam yang Kak Teeha selalu war-war kan, SelakJe!

Macam mana rupa bukaan menyusu SelakJe?


Macam nilah rupanya bukaan menyusu SelakJe. Ada 1 saja butang dibahagian atas & boleh je terus selak kiri atau kanan untuk susukan baby.

Cara bukaan SelakJe memudahkan penyusuan baby


Macam ni lah kalau nak susukan baby. Nampak kan ada LAPIK DADA. Maksudnya masa menyusukan baby, xdelah terbongkang terdedah sangat bahagian dada tu. kadang2 walau dah tutup dengan shawl atau tudung pun, time baby nak main cak-cak selak shawl/tudung, haaa.. haru!

Cara lain untuk menyusukan baby dengan bukaan SelakJe ni, boleh je buka butang diatang tu, dan keluarkan bahagian lapik dada. Bahagian LAPIK DADA tu boleh bertindak sebagai NURSING COVER! 

MAGIC! bukaan SelakJe ni memang terbaik untuk ibu menyusu dan dapat memelihara Aurat secara maksimum, insyaAllah.

Jumpa lagi di lain post.

Kak Teeha dari Rak Bonda Collection.
XOXO

No comments:

Post a Comment