Sunday 17 April 2016

Kesan pemakaian ketat terhadap ibu mengandung.

Salam semua.

Tahukah anda, berpakaian ketat ketika mengandung adalah tidak baik untuk kesihatan? Mengapa?

PEDIH ULU HATI

Pedih ulu hati merupakan perkara biasa yang dirasai ketika mengandung. Memang mewujudkan rasa tidak selesa pada ibu mengandung. Perkara ini berlaku disebabkan proses pencernaan menjadi lambat disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron dalam badan ketika mengandung. Apabila proses pencernaan lambat berlaku, ini bermakna makanan disimpan lebih lama didalam perut dan meningkatkan risiko untuk mengalir keluar.

Bahagian abdomen menjadi 'penuh, sesak & sendat' akibat pembesaran uterus dan memberi tekanan kepada bahagian tersebut. ini meningkatkan risiko untuk menyebabkan makanan tertolak ke bahagian dada. Pakaian ketat terutama bahagian pinggang boleh mempengaruhi dan menambahkan lagi risiko pedih ulu hati atau dikenali sebagai pembalikan asid reflux. 

Justeru, pemilihan pakaian yang tidak memberi tekanan terutama dibahagian pinggang adalah penting. Wanita mengandung boleh memilih pakaian dari jenis dress khas untuk ibu mengandung atau jubah potongan jenis A serta tidak mempunyai dart. Sekiranya wanita tersebut ingin memakai seluar ataupun skirt, pilihlah dari jenis yang direka khas untuk wanita mengandung.

Kebiasaanya skirt ataupun seluar untuk wanita hamil ini, mempunyai "kantung" dan pinggang boleh larat.

JANGKITAN KULAT

The American Pregnancy Association berpendapat, salah satu kesan daripada pemakaian pakaian ketat ketika hamil adalah jangkitan kulat terutama pada bahagian vagina. Di tambah pula dengan material fabrik yang tidak sesuai menyebabkan kulit sukar 'bernafas'. Keadaan wanita mengandung yang kebiasaannya mengalami peningkatan pengeluaran cairan vagina akan menambahkan lagi peluang untuk pembiakan kulat di bahagian tersebut dan menyebabkan jangkitan.

Untuk tujuan ini, wanita mengandung disarankan untuk mengenakan pakaian dari jenis dress ataupun Jubah. Amat digalakkan untuk memadan blouse atau top dengan skirt kerana skirt memberi lebih 'kebebasan' dan mampu memberikan lebih pengaliran udara berbanding seluar.

ALIRAN DARAH TERGANGGU

Sebenarnya, pakaian ketat boleh menganggu pengaliran darah tanpa mengira jantina dan umur. Walau bagaimanapun, keadaan ini memberikan kesan lebih teruk kepada wanita mengandung. Saluran darah wanita mengandung akan mengembang sebagai persediaan untuk meningkatkan isipadu darah bagi kegunaan plasenta dan bayi.

Sebelum isipadu darah naik memenuhi saluran darah ini, wanita mengandung akan mengalami hypotension atau tekanan darah rendah. Pakaian yang ketat akan menganggu aliran darah dan menyebabkan rasa kebas dan sakit yang menyucuk.

Ini adalah antara kesan pemakaian pakaian ketat terhadap wanita mengandung. Justeru itu, Rak Bonda Collection bersedia membantu wanita-wanita mengandung terutamanya muslimah untuk mengatasi masalah ini.



Monday 11 April 2016

Bukaan Menyusu : SelakJe!

Apa yang korang semua fikirkan bila ternampak jubah yang di'claim' as NURSING FRIENDLY?

Apa beza 
JUBAH NURSING FRIENDLY 
vs 
JUBAH NURSING?

Meh sini Kak Teeha nak explain kenapa Kak Teeha taknak claim koleksi Rak Bonda sebagai nursing friendly.

Pertama sekali, koleksi Rak Bonda memang untuk bonda-bonda menyusu! bukan setakat nak friendly friendly or mesra mesra je.. SEMEMANGNYA DIREKA KHAS UNTUK IBU MENYUSU. Haa.. faham ke faham ni?

Baju yang di claim as nursing friendly ni selalunya adalah jenis yang ada zip ataupun berbutang dibahagian dada & hadapan baju. Jadi memang sesuailah dengan terma nursing friendly atau mesra penyusuan. 

Namun, melalui pengalaman Kak Teeha dan kawan kawan Kak Teeha, bila masa baby nak menyusu ni, memang kelam kabut juga.. lebih2 lagi bila berada kat shopping mall. Baby dah menangis, orang semua dah pandang2, kita pulak rasa nervous sebab orang pandang & anak tengah melalak.. huhuhu.. terkial2 jugaklah nak bukak zip sambil nak tutup dengan tudung, nak pegang baby lagi. kalau nasib tak baik, zip tak lancar. tersangkut takleh nak bukak habis.. huhuhu.. Haru!

Pernah jugak lepas habis menyusu, tengok2, berbekas merah pipi anak berbentuk zip -___-". Kesian baby.
 Yang butang pulak, memang toksah cakaplah, terkial2 jugak nak tanggalkan satu satu..

Jadi, melalui pengalaman inilah, Kak Teeha menyediakan KOLEKSI NURSING. Dedikasi khas untuk bonda-bonda yang menyusukan anak. Koleksi dari Rak Bonda ni jenis bukaan menyusunya memang mudah. Macam yang Kak Teeha selalu war-war kan, SelakJe!

Macam mana rupa bukaan menyusu SelakJe?


Macam nilah rupanya bukaan menyusu SelakJe. Ada 1 saja butang dibahagian atas & boleh je terus selak kiri atau kanan untuk susukan baby.

Cara bukaan SelakJe memudahkan penyusuan baby


Macam ni lah kalau nak susukan baby. Nampak kan ada LAPIK DADA. Maksudnya masa menyusukan baby, xdelah terbongkang terdedah sangat bahagian dada tu. kadang2 walau dah tutup dengan shawl atau tudung pun, time baby nak main cak-cak selak shawl/tudung, haaa.. haru!

Cara lain untuk menyusukan baby dengan bukaan SelakJe ni, boleh je buka butang diatang tu, dan keluarkan bahagian lapik dada. Bahagian LAPIK DADA tu boleh bertindak sebagai NURSING COVER! 

MAGIC! bukaan SelakJe ni memang terbaik untuk ibu menyusu dan dapat memelihara Aurat secara maksimum, insyaAllah.

Jumpa lagi di lain post.

Kak Teeha dari Rak Bonda Collection.
XOXO

Tuesday 1 March 2016

FAQ’s DROPSHIPPER


1.  Boleh terangkan apa itu dropship?

Dropship adalah satu sistem perniagaan yang memerlukan anda untuk mempromosikan produk yang dibekalkan oleh kami dan mendapatkan pembeli. Anda TIDAK PERLU MEMBELI PRODUK ATAU STOK. Pihak Rak Bonda akan membekalkan anda gambar-gambar produk tersebut untuk diiklan secara online melalui pelbagai medium seperti facebook, instagram, website, whatsapp, wechat dan sebagainya.

Apabila ada mendapat order dari pelanggan, pelanggan akan membuat pembayaran kepada anda & anda hanya membayar kepada Rak Bonda dengan harga agen. Pihak Rak Bonda akan menghantar produk tersebut kepada pelanggan melalui pos dengan menggunakan NAMA & alamat anda sebagai pengirim.

KOMISEN dari jualan produk tersebut adalah milik anda.

YURAN

2. Adakah pendaftaran sebagai AGEN DROPSHIPPER dikenakan yuran?
Ya. Untuk mendaftar, anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM30 untuk seumur hidup.

3.  Adakah yuran pendaftaran ini seumur hidup atau hanya untuk beberapa tempoh?
Bayaran pendaftaran sebanyak RM 30 adalah untuk seumur hidup. Namun, jika ada sebarang perubahan, kami akan maklumkan.

4.  Bolehkah saya menjual semua jenis koleksi? Atau saya hanya perlu pilih 1 koleksi sahaja?
Ya boleh.Sebagai AGEN DROPSHIPPER, anda boleh menjual semua jenis koleksi Rak BondaPENDAFTARAN

5.  Selepas mendaftar, apakah langkah seterusnya yang harus saya buat?
Apabila pendaftaran dan yuran telah jelas, anda akan di invite ke dalam ‘Closed Group Facebook’ dropship kami. Di group ini anda boleh memperolehi gambar, produk info, copywriting, senarai harga produk dan stok terkini untuk memudahkan anda mempromosi dan mendapatkan pelanggan. Pihak Rak Bonda akan sentiasa menambahbaik sistem untuk memudahkan agen dropshipper updated dengan senarai stok terkini.

PROMOSI

6.  Bilakah saya boleh mula mempromosi dan menjual produk?
Anda boleh terus memulakan aktiviti promosi dan mendapatkan pelanggan sebaik sahaja anda di invite masuk kedalam group facebook Rak Bonda

7.Bolehkan agen dropshipper meng’edit’ gambar-gambar yang dibekalkan?
Anda perlu menggunakan gambar-gambar yang telah dibekalkan oleh Rak Bonda. Gambar tersebut telah diletakkan watermark Rak Bonda. Namun, anda boleh meletakkan nama kedai/perniagaan anda atau nombor telefon anda.

8. Bolehkan agen dropship menjual selain daripada harga retail?
Anda dibenarkan untuk menjual LEBIH TINGGI dari harga jualan yang ditetapkan. Anda tidak dibenarkan untuk mengurangkan atau menurunkan harga retail/jualan yang ditetapkan.

9. Bagaimana saya nak lihat senarai harga produk untuk dropship?

Semua harga dan info produk akan diberikan dalam Closed Group Agen Dropshipper kami.


TEMPAHAN

10. Bagaimana saya hendak tahu samada stok ada atau tidak?
Setiap dropshipper akan diberikan satu no Hotline khas untuk bertanya tentang stok.

11. Perlukah saya confirmkan stok secara manual dengan bila pelanggan hendak beli barang?
Ya, amat perlu. Sila whatsapp hotline Rak Bonda.

12. Bagaimanakah cara untuk membuat order?
Anda boleh terus whatsapp order pelanggan anda kepada talian hotline Rak Bonda.

13. Bolehkah produk tersebut di booking?
Ya boleh. Tempahan maksima selama 3 hari. Selepas 3 hari, tempahan anda akan dibatalkan. Jika produk yang ditempah tidak dijual, anda masih boleh membelinya

14. Adakah pelanggan bayar kepada dropshipper dahulu atau bayar terus pada syarikat?
Pelanggan anda akan bayar kepada anda mengikut harga jualan kemudian anda akan membayar kepada Rak Bonda mengikut harga agen.

15. Berapakah komisyen yang diberikan untuk agen dropship?
Setiap helai baju, agen akan diberikan 10%-15% komisyen. Namun, jika ada jualan murah (sale) pihak Rak Bonda akan update nilai komisyen kepada anda.

BORONG

16. Adakah saya boleh membeli secara borong?
Ya, BOLEH. Minimum pembelian borong adalah 8 helai atau mengikut lot.

17. Bolehkah saya membeli untuk diri sendiri dan keluarga dengan harga dropship atau borong?
Ya boleh. Semestinya boleh. Itu merupakan salah satu kelebihan anda menjadi Dropship kami.

18. Adakah Rak Bonda meletakkan target jualan setiap bulan?
Tiada target bulanan untuk agen dropship. Agen boleh berniaga mengikut kesesuaian target dan masa masing-masing. Banyak usaha banyak keuntungannya. Jika tiada usaha maka tiadalah keuntungan akan diperolehi.

NAK DAFTAR SBGAI DROPSHIP?

Klik =>> https://form.jotform.me/60598504542459

19. Adakah syarikat mempunyai kedai?
Tidak. Kami hanya beroperasi secara online.

20. Adakah semua stok direct daripada supplier?
Ya. Semua produk adalah ready stok.

25. Berapakah 'range' harga jubah & blouse?
Range harga retail untuk jubah adalah RM89-189.

26. Bagaimana dengan saiz jubah?

Semua jubah bermula dengan saiz S sehingga XL dan ada juga koleksi sehingga XXL . Namun, untuk blouse, hanya S-XL sahaja.




atau 

Whatsapp "Dropship RakBonda" ke 019 2567 011
Whatsapp "Dropship RakBonda" ke 019 2567 011
Whatsapp "Dropship RakBonda" ke 019 2567 011